vigl

Monday, 14 December 2015

KHASIAT BAWANG PUTIH KEPADA TELINGA





















Bawang ternyata memiliki manfaat mengagumkan untuk penyembuhan telinga. Khasiat ini sudah diketahui oleh bangsa China sejak zaman dulu kala.

Caranya juga sangat mudah. Letakkan saja bawang yang sudah dipotong ke dalam telinga Anda selama semalam. Ia akan melembutkan dan menghilangkan sejumlah kotoran sehingga telinga akan terjaga kebersihannya. Bawang putih juga boleh mencegah infeksi dan menyihatkan kuping.

Namun, dikutip dari Healthy Wild and Free, bukan semua jenis bawang putih yang boleh digunakan untuk kesihatan telinga. Bawang putih yang ideal harus mencukupi tiga syarat berikut:






1. Hanya bawang organik


2. Gunakan bagian tengahnya saja
Ketika Anda memotong bawang putih, ambil bagian tengahnya, letakkan di telinga dengan menghadap ke atas. Bagian tengah dari bawang putih biasanya lebih berwarna kekuningan dibanding bagian lainnya.

3. Biarkan semalaman, buang di pagi hari
Pastikan bawang dalam posisi yang sesuai untuk diletakkan semalaman di telinga Anda. Di pagi hari, segera cuci telinga Anda dengan air sehingga tidak ada sisa apapun di dalamnya.

IDEA KREATIF KITAR SEMULA 2

kreativiti kitar semula relaks minda
Lampu gantung daripada kotak terbuang.






kreativiti kitar semula relaks minda
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda.






kreativiti kitar semula relaks minda
Kolam mini dibuat daripada tayar terbuang





kreativiti kitar semula relaks minda
Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan 
batu bata simen dinding pagar di rumah anda. 






kreativiti kitar semula relaks minda
Hiasan dinding menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai.






kreativiti kitar semula relaks minda
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik!





kreativiti kitar semula relaks minda
Pasu bunga..





kreativiti kitar semula relaks minda
Penyangkut kasut





kreativiti kitar semula relaks minda
Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan 
bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton. 









kreativiti kitar semula relaks minda
Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat  menarik. Hasil kreatif
dari kayu terbuang.






kreativiti kitar semula relaks minda
Pelbagai contoh kreativiti rekaan yang menggunakan pallet kayu.
Banyak sekali idea yang boleh dibuat dari pallet terbuang ini

Sunday, 22 November 2015

KHASIAT MADU KELULUT


Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman
MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN
Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Thursday, 19 November 2015

KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT


khasiat buah tunjuk langit 2


BUAH TUNJUK LANGIT telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.
TIGA BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
1) FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.
2) SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .
3) BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
Pada tahun 1996 , satu pasukan biokimia Amerika terkenal mempunyai penemuan kejayaan besar dalam kajian mereka bahawa terdapat banyak Flavonoids dan Saponins di dalam SKY FRUIT. Di samping itu, BUAH SKY mengandungi pelbagai protein semulajadi , mineral, vitamin, enzim , karbohidrat , asid lemak dan lain-lain nutrien penting badan. Penyerapan yang mudah adalah faktor penting ke arah menggalakkan kesihatan yang baik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, BUAH SKY itu telah diterima secara meluas oleh pakar-pakar perubatan dan doktor. Testimoni pengguna ‘ telah membawa kepada penerimaan global SKY FRUIT sebagai salah satu produk kesihatan yang terbaik di pasaran. SKY FRUIT adalah bukan sahaja tulen dalam alam semula jadi, ia juga merupakan produk yang sangat baik yang menggalakkan kesihatan asas secara keseluruhan. Tidak ada kesan sampingan – sakit walaupun dengan penggunaan jangka panjang.
Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah.
khasiat buah tunjuk langit 4
RAHSIA TUNJUK LANGIT UNTUK KESIHATAN SEMULAJADI DAN INSYAALLAH MEMBANTU BELBAGAI PENYAKIT :
– Melancar perederan darah
– Kencing Manis
– Darah Tinggi
– Gout / sendi
– Kolestrol tinggi
– Migrain / sakit kepala
– Strok peringkat awal
– Menguatkan perut, jantung, paru-paru, hati dan limpa
– Sembelit, masalah sistem penghadaman
– Menghidupkan kembali sel-sel
– Senggugut / Haid Tak Lancar
– Masalah Ereksi / mati pucuk
– Kebas
– Angin / sakit urat
– Kencing Kotor
– Anti-penuaan / Ejen Kecantikan
– Kulit sensitif, jerawat dan lepuh

Friday, 6 November 2015

PUNCA RESDUNG

Ada banyak punca yang menyebabkan resdung berlaku. Namun begitu punca ini berbeza bagi setiap individu bergantung kepada tahap alahan dan kekuatan imunisasi badan. Berikut disenaraikan beberapa penyebab resdung yang mudah berlaku di dalam masyarakat:

Punca #1 – Virus

Kebanyakan jangkitan ‘sinus’ bermula dari serangan selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

Punca #2 – Alahan

Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom resdung yang lain. Menurut Sonia Bains (pembantu Professor (MD)) dari Division of Pulmonary, Critical Care, Allergy and Sleep Medicine di Univerisiti Perubatan Carolina Selatan; mereka yang mempunyai alahan lebih mudah untuk mendapat resdung berbanding mereka yang normal.
seafood
Ada penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. [NYPost]
Debu, bulu binatang, makanan laut mahupun lipas; cuba kenal pasti apa yang menyebabkan hidung menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung. Apabila punca berjaya dikenalpasti, barulah strategi untuk mengelak dari sakit ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Punca #3 – Bakteria

Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.
Ini menurut William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari Universiti Perubatan Carolina Selatan, Charleston. Menurutnya lagi, kemungkinan besar bakteria yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Haemophilus influenza.

Punca #4 – Polip Hidung

Polip hidung adalah kecil, ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. Ketumbuhan ini juga boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. Ini akan mengakibatkan jangkitan ‘sinus’/resdung.
Polip Hidung
Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala. [AS]
“Batu permata” kecil ini juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak. Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan pembengkakkan jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

Punca #5 – Udara Tercemar dan Bahan Kimia

Bahan alahan dan pencermaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu. Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung; ini diakui oleh Dr Bains.

Punca #6 – Mandi Di Kolam Renang

Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan ‘sinus’, ini fakta yang perlu diketahui. Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’. Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam.
Kolam Renang
Kolam renang mengandungi kandungan klorin yang tinggi yang boleh merangsang resdung. [Mofur]
Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja. Kandungan klorin di dalam air akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’.

Punca #7 – Jangkitan Kulat (Fungi)

Dr Hueston menyatakan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.
Apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’. Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

Punca #8 – Merokok

Seperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’. Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.
“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

Punca #9 – Kekurangan Air/Udara Yang Kering

Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.
Air Kosong
Penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. [Instructables]
Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

Punca #10 – Struktur Hidung yang Berbeza

Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.
Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

Sunday, 25 October 2015

Punca Tidur Berdengkur Dan Cara Mencegahnya

 Individu yang tidur berdengkur seringkali mengganggu tidur orang lain tanpa mereka sedar. Malah tidur mereka sendiri turut terjejas kerana mereka kerap terjaga secara mengejut dan adakalanya akan mengalami sesak nafas.

Hasil kajian menunjukkan sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah berdengkur ketika tidur, tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya
Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur selama beberapa saat.
Namun masalah tidur berdengkur tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia berlarutan itu mungkin petanda individu tersebut menghidap penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.
Dibawah ini dikongsikan 8 PUNCAyang menyebabkan seseorang individuTIDUR BERDENGKUR
1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Berlebihan berat badan
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak
Antara kesan kepada individu yang tidur berdengkur pula adalah: 
Individu yang tidur berdengkur akan mengalami gejala seperti keletihan, mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap terjaga malam, tidak dapat memberikan tumpuan dan mudah lupa.
CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR
1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan rutin tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok

Wednesday, 21 October 2015

14 Jenis Binatang Kacukan Yang Aneh Di Seluruh Dunia Dan Ianya Bukan Photoshop (14 Gambar)






1. Wolfdog

2. Zonkey

3. Zorse

4. Blood Parrot Cichlid

5. Liger

6. Tigon

7. Leopon

8. Pumapard

9. Savannah Cat

10. Bengal Cat

11. Grolar Bear

12. Cama

13. Wholphin

14. Mulard

Sunday, 20 September 2015

Sejarah Penciptaan Lif


Kerusi Terbang

Lif yang pertama mula dibina pada 1743 bagi keginaan King Louis XV di istananya di Perancis. Ketika itu lif hanya untuk pergerakan untuk satu tingkat sahaja iaitu dari tingkat satu ke tingkat dua. Dikenali sebagai 'Kerusi Terbang', lif berkenaan terletak di luar bangunan dan raja yang menggunakannya perlu melalui balkoni. Pada 1850, lif menggunakan kuasa hidraulik dan wap diperkenalkan.

Rekaan lif yang selamat digunakan oleh Elisha Graves Otis mula dipasang pada 1852. Manakala lif penumpang pertama telah dipasang oleh Otis di New York pada 1857. Selepas 6 tahun kematian Otis pada 1861, anaknya Charles dan Norton membina syarikatnya Otis Brothers & Co iaitu pada 1867.

Pada 1873 lebih 2,000 lif Otis telah digunakan dalam bangunan pejabat, hotel dan pusat membeli belah di seluruh AS dan pada 1889, Otis mencipta lif yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik. Sembilan tahun kemudian, Otis Brothers telah bergabung dengan 14 entiti lif yang lain membentuk Otis Elevator Company.

Pada 1903, Otis memperkenalkan rekaan yang menjadi tulang belakang bagi industri lif. Lif berkenaan boleh digunakan bagi bangunan-bangunan pencakar langit seperti New York Empire State Building, Pusat John Hancock Chicago dan Menara CN Toronto.

Wednesday, 16 September 2015

FENOMENA AWAN YANG MENAKJUBKAN

Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles. Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus.