vigl

Thursday, 5 February 2015

Sukan pelik di dunia.






Hoki dengan basikal roda satu

Sukan unik ini dimainkan di negara Kanada. Bermain hoki dengan menggunakan basikal roda satu.inilah caranya dengan menggunakan basikal roda satu.

Lelaki melawan Kuda



Sukan ini berasal dari negara Wales. Peraturannya adalah dengan cara berlari merentasi desa, siapa yang mengalahkan penungang kuda pertama ialah pemenangnya.

Menyelam dalam kubang lumpur


Peraturannya adalah, setiap orang dikehendaki menyelam dalam kubang lumpur sejauh 60 yard, siapa yang mencatatkan masa terpantas, ialah pemenangnya.Rekod dunia terpantas adalah 1 minit 35 saat dipegang oleh Phillip John berasal dari England.

Kejuaraan suit, Batu ! Gunting ! Kertas !


Ada organisasinya lho iaitu The U. S. Association of Rock Paper Scissors ( USARPS ) pertandingan kuno ini telah menjadi Liga sejak tahun 2006. Atlitnya badannya tegap dan berisi tapi pertandingannya cuma suit Batu! Gunting! Kertas !

Lempar Tuna

Festival Tunarama ini katanya diselenggarakan tiap tahun di Port Lincoln, Australia Selatan. Pertandingan melempar tuna ini adalah yang paling menarik. Untuk memenangkan grand prize $7.000, para peserta harus melepaskan seekor tuna dewasa seperti melempar sebuah cakera. Ikan tuna yang digunakan di sini adalah ikan tuna yang sudah busuk.

Lempar Orang Kerdil


“Sukan” ini asalnya dari Australia di tahun 80-an. Aksi dimana para orang kerdil yang menggunakan pakaian khusus akan dilempar ke arah suatu padang dimana pemenangnya adalah yang melempar paling jauh. Sukan ini kemudian dianggap terlalu ofensif dan menjatuhkan maruah orang kerdil dan akhirnya dilarang. Pendukung sukan ini sempat pula memprotes larangan itu kerana menganggapnya menghalang rezeki orang kerdil setempat.

Cheese Rolling (Guling Keju)


Sebenarnya sukan ini sederhana – menguling sebuah roda berisi keju ke arah kaki bukit dan orang-orang berusaha mendapatkannya. Rasminya aksi ini bertempat di Gloucestershire di bukit Cooper, sebuah lereng yang cukup curam. Tidak hairan yang ikut kebanyakan adalah para pemabuk, yang akhirnya mengakibatkan banyak yang cedera kerana meluncur ke bawah kaki bukit yang curam.

Pada suatu tahun, dua pertiga peserta cedera dan tahun 1998, polis menghentikannya kerana alasan keselamatan. Cheese rolling memiliki sejarah yang panjang, berebut makanan yang tidak masuk akal (mereka berebut sedikit keju yang dimasukkan ke dalam sebuah roda kayu) dan melawan larangan dari pemerintah setempat kerana resiko cedera kepala dan patah kaki yang serius.

Memikul Isteri


Suami akan membawa isterinya di punggung dan berlari melalui berbagai rintangan khusus yang disediakan. “Isteri” yang digendong ternyata bukan semestinya isteri yang benar, isteri sebenar boleh, jiran, boleh, siapa saja. Yang jelas akan ada perlumbaan sepanjang 250 meter, dengan dua halangan lompat dan dua halangan air.

Jika ‘isteri’ anda jatuh, berarti anda mendapat hukuman selama 15 saat. Yang jelas, Dennis Rodman yang pernah main di NBA-Chicago Bulls pernah ikut berlumba seperti ini . Awalnya sebagai suka-suka, tapi makin lama makin popular dan akhirnya jadi perlumbaan khusus seperti ini.

Seperti namanya, seorang suami harus memikul isterinya melewati berbagai medan termasuk lumpur, air, dan halangan-halangan lainnya.

Hadiah bagi pemenangnya adalah bir sebanyak berat isterinya. Sukan ini berasal dari Finland dan terinspirasi dari cerita-cerita sejarah. Suatu legenda di abad 19 menyebutkan bahawa pernah orang-orang mencuri para isteri dari desa-desa jirannya. Ada juga yang menyebutkan untuk membentuk perajurit handal sebagai pembuktiannya adalah dengan memikul karung-karung yang berat.

Melempar Ponsel


Melempar ponsel adalah sejenis sukan internasional yang dimulai di Finland tahun 2000. Penilaian dilakukan berdasarkan jarak terjauh dan teknik melemparkannya. Ponsel yang digunakan boleh bermacam-macam, apa saja asal beratnya lebih dari 220 gram. Tapi ada juga yang mensyaratkan model ponsel tertentu.

Ada 4 kategori dalam sukan ini:



  • Original: melempar “diatas pundak” dengan yang terjauh sebagai pemenangnya (best of three).
  • Gaya Bebas: pesertanya memperoleh poin untuk bagaimana cara melemparnya, estetikanya dan gaya kreatifnya.
  • Team original: Setiap kumpulan dengan 3 peserta masing-masing melempar bersama dan penilaiannya digabung.
  • Junior: yang ini untuk anak-anak hingga umur 12 tahun.

Buzkashi


Olahraga Nasional Afghanistan, Turkmenistan dan negara-negara Asia Tengah, dengan dua kumpulan berkendaraan kuda, dengan berusaha memperebutkan anak lembu mati seperti ‘bola’. Anak lembu mati ini kemudian berusaha dilemparkan ke belakang garis tertentu sebagai gawang. Permainan ini dapat berlangsung beberapa hari lamanya.
Asal sukan ini belum jelas, tapi dianggap sebagai sukan untuk menjaga moral dan semangat pasukan tetap tinggi sepanjang masa perang.

Buzkashi adalah sukan nasional Afganistan, mirip polo, kecuali dimainkan dengan bangkai seekor anak lembu. Anak lembu atau kambing- jika tidak ada anak lembu, dipenggal lehernya dan ditempatkan di suatu lubang di tanah. Para penunggang kuda itu akan berloumba berebutkannya, berkuda di sekitar dua tanda dan mengembalikannya ke dalam “lingkaran keadilan”.

Pemenangnya adalah yang berhasil memasukkan anak sapi itu ke dalam lingkaran itu, meski akhirnya para penunggang kuda itu keluar dari dua tanda tadi sehingga suan ini seperti tidak ada hadnya sehingga berakhir. Sukan ini hingga kini masih popular di Afganistan.

Tabiat menyebabkan kerosakan otak






1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.