vigl

Thursday, 20 August 2015

Petua Merawat Jerawat Dengan Mudah




Setiap kali menatap cermin pasti anda gusar melihat jerawat serta parut-parut yang terpalit yang mencelakan penampilan wajah anda. Pelbagai produk sudah digunakan tetapi parut jerawat tetap jelas kelihatan. baca sehingga habis, coz kami akan kongsikan  Petua Merawat Jerawat Dengan Mudah :-)
hapuskan jerawatTanggapan ma­­­­­­­sa­­lah jerawat hanya dialami golongan remaja sahaja tidak tepat. Hakikatnya, jerawat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Jerawat sebenarnya bermula dari pembukaan kelenjar sebum yang tersekat, menyebabkan bakteria merebak dan mendedahkan bukaan pada kotoran. Seterusnya, bukaan kelenjar akan membengkak sebelum pecah dan mengeluarkan cecair seperti nanah yang dikenali sebagai pustule.
Selain itu, perubahan hormon bagi remaja lelaki dan perempuan dalam tubuh mereka membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum yang akan menyebabkan jerawat hadir tanpa diundang.set jerawat shaklee
Jerawat membimbangkan terutama golongan remaja wanita dan lelaki! Sebenarnya jerawat bukan sahaja di muka, malah muncul juga di bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Jerawat akan muncul di kawasan liang roma sensitif pada rangsangan hormon. Ketika berpeluh, jerawat akan kelihatan menonjol yang membuatkan kita tidak selesa.
Jadi apa kata anda mencuba petua yang menggunakan bahan semula jadi ini. 
  1. Daun Sirih set kecantikan kulit shaklee

Tumbuk 10 helai daun sirih hingga lumat. Kemudian sapu pada parut jerawat. Cuci setelah kering.
  1. Buah Lemon set jerawat shaklee

Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya.lumurkan jus lemon pada wajah dua kali sehari dan minum jus lemon 3 kali sehari.
  1. Ubi Kayu set jerawat shaklee

Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Kemudian bersihkan dan parut ubi kayu itu dan perah untuk dapatkan airnya. Sapu air perahan ubi kayu itu pada parut jerawat anda.
  1. set jerawat shakleeDaun Lidah Buaya

Dain lidah buaya memang diketahui amat berkesan menghilangkan parut. Potong daun lidah buaya dan ambil lendirnya dan sapu pada parut jerawat, bilas dengan air suam setelah kering.
  1. Timunset jerawat shaklee

Kisarkan timun dan tapis airnya. Sapu hampas timun itu pada muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.
  1. hapuskan jerawatMadu

Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu pada parut jerawat anda.
  1. Kulit Kayu Manisvitamin jerawat

Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah diasah. Sapu pada muka yang berparut pada waktu malam sebelum tidur. Cuci dengan air suam pada esok harinya. Amalkan 3 kali seminggu.
😀 Apa pilihan yang anda fikir paling sesuai dan mudah diamalkan? Dan pastinya janganlah selepas mencuba sekali tentu tidak Nampak kesannya lalu anda terus putus asa…

Monday, 17 August 2015

10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG








Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.