vigl

Sunday, 20 September 2015

Sejarah Penciptaan Lif


Kerusi Terbang

Lif yang pertama mula dibina pada 1743 bagi keginaan King Louis XV di istananya di Perancis. Ketika itu lif hanya untuk pergerakan untuk satu tingkat sahaja iaitu dari tingkat satu ke tingkat dua. Dikenali sebagai 'Kerusi Terbang', lif berkenaan terletak di luar bangunan dan raja yang menggunakannya perlu melalui balkoni. Pada 1850, lif menggunakan kuasa hidraulik dan wap diperkenalkan.

Rekaan lif yang selamat digunakan oleh Elisha Graves Otis mula dipasang pada 1852. Manakala lif penumpang pertama telah dipasang oleh Otis di New York pada 1857. Selepas 6 tahun kematian Otis pada 1861, anaknya Charles dan Norton membina syarikatnya Otis Brothers & Co iaitu pada 1867.

Pada 1873 lebih 2,000 lif Otis telah digunakan dalam bangunan pejabat, hotel dan pusat membeli belah di seluruh AS dan pada 1889, Otis mencipta lif yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik. Sembilan tahun kemudian, Otis Brothers telah bergabung dengan 14 entiti lif yang lain membentuk Otis Elevator Company.

Pada 1903, Otis memperkenalkan rekaan yang menjadi tulang belakang bagi industri lif. Lif berkenaan boleh digunakan bagi bangunan-bangunan pencakar langit seperti New York Empire State Building, Pusat John Hancock Chicago dan Menara CN Toronto.

Wednesday, 16 September 2015

FENOMENA AWAN YANG MENAKJUBKAN

Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles. Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus.


 


  







KEBAIKAN TIMUN






Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.


Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.
Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.
Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih ‘berkuasa’ dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.
Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.
Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.
Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.
Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.
Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar ‘sterol’ pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.
Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.
Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.
Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.
Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.