Setiap kali menatap cermin pasti anda gusar melihat jerawat serta parut-parut yang terpalit yang mencelakan penampilan wajah anda. Pelbagai produk sudah digunakan tetapi parut jerawat tetap jelas kelihatan. baca sehingga habis, coz kami akan kongsikan Petua Merawat Jerawat Dengan Mudah 


Selain itu, perubahan hormon bagi remaja lelaki dan perempuan dalam tubuh mereka membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum yang akan menyebabkan jerawat hadir tanpa diundang.

Jerawat membimbangkan terutama golongan remaja wanita dan lelaki! Sebenarnya jerawat bukan sahaja di muka, malah muncul juga di bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Jerawat akan muncul di kawasan liang roma sensitif pada rangsangan hormon. Ketika berpeluh, jerawat akan kelihatan menonjol yang membuatkan kita tidak selesa.
Jadi apa kata anda mencuba petua yang menggunakan bahan semula jadi ini.
Tumbuk 10 helai daun sirih hingga lumat. Kemudian sapu pada parut jerawat. Cuci setelah kering.
Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya.lumurkan jus lemon pada wajah dua kali sehari dan minum jus lemon 3 kali sehari.
Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Kemudian bersihkan dan parut ubi kayu itu dan perah untuk dapatkan airnya. Sapu air perahan ubi kayu itu pada parut jerawat anda.
Dain lidah buaya memang diketahui amat berkesan menghilangkan parut. Potong daun lidah buaya dan ambil lendirnya dan sapu pada parut jerawat, bilas dengan air suam setelah kering.
Kisarkan timun dan tapis airnya. Sapu hampas timun itu pada muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.
Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu pada parut jerawat anda.
Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah diasah. Sapu pada muka yang berparut pada waktu malam sebelum tidur. Cuci dengan air suam pada esok harinya. Amalkan 3 kali seminggu.

No comments:
Post a Comment