vigl

Wednesday, 3 January 2018

MAKSUD 5W 40 PADA MINYAK PELINCIR

Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.




Mengenali API dan SAE



‘API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.



Gred Minyak Pelincir



Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.





Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.


Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.


Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.



MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)


Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun, sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ ini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu ‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil. Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring) mempunyai kadar ‘gap’ yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.

Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman webhttp://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri anda sendi

Sebagai contoh: 10w-40
W = Wet/Winter 10 = Kelikatan minyak semasa sejuk. 40 = Kelikatan minyak semasa panas. (Gred diatas ni dikenali sebagai multi grade.) Multi Grade = Boleh berubah dari cair ke pekat mengikut perubahan suhu. Mineral = Bahan dari asas petroleum. Sintetik = Minyak buatan daripada bahan kimia. Semi sintetik = Campuran dua bahan, mineral + sintetik. Kegunaan gred, bergantung pada kegunaan kenderaan korang, usia kenderaan korang dan suhu/iklim tempat korang duduk.


Tuesday, 4 April 2017

KHASIAT DURIAN BELANDA



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuhsemulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai Graviola, di Sepanyol Guanabana bahasa Inggeris dipanggil Soursop. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.


Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buah ini :
  • Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
  • Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
  • Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan
  • Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda atau Graviola atau sour sop telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah

  • Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas
  • Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  • Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon durian belanda atau Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masa lah berkaitan hati dan rematik. 
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Durian belanda atau Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
 

KHASIAT KULIT PISANG

1. Melembutkan ayam panggang

Ketika memanggang ayam, lapisi bagian atas dan bawah ayam dengan kulit pisang. Cara ini membuat daging ayam terlepas dari tulang-tulangnya, bertekstur lembut, lembap, dan lumer di mulut.

2. Menyuburkan tanaman

Kulit pisang kaya kalsium dan magnesium yang sangat baik untuk menyuburkan tanah. Letakkan kulit pisang di pot tanaman atau tanah di sekitar tanaman Anda agar tanaman tumbuh dengan subur. Kulit pisang sangat baik untuk menyuburkan terutama pohon tomato.

3. Menyembuhkan gatal, ruam, dan gigitan serangga

Menggosokkan kulit pisang di area kulit yang merah-merah akibat gatal, ruam, dan gigitan serangga akan membuat kulit kembali halus.

4. Membersihkan perhiasan perak

Campur kulit pisang dengan air, lalu blender. Campuran ini sangat berguna untuk membersihkan perhiasan perak dan membuatnya mengilap.

5. Menghilangkan kutil

Kutil di kulit terkadang mengganggu dan sulit dihilangkan. Namun kandungan kalium dalam kulit pisang mampu menghilangkan kutil dan mencegahnya tumbuh kembali. Caranya, tempelkan kulit pisang di bagian kulit di mana terdapat kutil, lalu diamkan semalaman. Anda bisa melekatkan kulit pisang dengan bantuan plester. Lakukan secara rutin selama satu atau dua minggu sampai kutil menghilang.

6. Meningkatkan kualitas pupuk kompos

Berbagai kandungan vitamin dan mineral dalam kulit pisang akan meningkatkan kualitas pupuk kompos sehingga menyuburkan tanah dan tanaman.

7. Mengubati jerawat

Gosokkan kulit pisang ke area wajah terutama yang berjerawat. Diamkan sejenak, biarkan sisa-sisa pisang menempel di wajah, lalu bersihkan dengan air. Lakukan secara rutin hingga jerawat hilang dan kulit Anda mulus berkilau.

8. Masker wajah

Kulit pisang juga bisa dimanfaatkan sebagai masker kulit wajah. Tempelkan kulit pisang di wajah pada malam hari. Bersihkan dengan dengan air suam keesokan harinya. Lakukan secara rutin, Anda akan mendapatkan kulit wajah yang halus dan mulus.

9. Memutihkan gigi

Gosokkan kulit pisang selama dua minit sebelum menggosok gigi. Kulit pisang membantu membersihkan dan memutihkan gigi Anda. Lakukan selama dua minggu berturut-turut atau lebih untuk melihat hasilnya.

Wednesday, 29 March 2017

KHASIAT BUAH PISANG

Perlindungan Kardiovaskuler


Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati.
Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.
Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang,membantu penyakit hati.
Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakitkardiovaskuler lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata


Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik.
Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata.
Studio yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut.
Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang kuat ini.

Memperbaiki Tulang

Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh andamenyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyakfruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda.
Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadapmikroorganism jahat.
Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal


Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh.
Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.
Beberapa Tips Tambahan:
  • Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria)
  • Jika anda ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar
  • Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwic atau kerepekpisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat.
  • Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.

Tuesday, 5 April 2016

Strok Haba Dan Cara Pencegahannya

Tanda awal strok haba:
  1. Sakit kepala berdenyut
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  4. Denyutan nadi yang pantas
  5. Otot lemah dan kejang
  6. Muntah/rasa hendak muntah
  7. Kulit kering dan kemerahan
  8. Sawan
  9. Pitam
  10. Tangan dan kaki menjadi sejuk
Cara rawat mangsa strok haba:
  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan
Cara pencegahan strok haba:
  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Monday, 14 December 2015

KHASIAT BAWANG PUTIH KEPADA TELINGA





















Bawang ternyata memiliki manfaat mengagumkan untuk penyembuhan telinga. Khasiat ini sudah diketahui oleh bangsa China sejak zaman dulu kala.

Caranya juga sangat mudah. Letakkan saja bawang yang sudah dipotong ke dalam telinga Anda selama semalam. Ia akan melembutkan dan menghilangkan sejumlah kotoran sehingga telinga akan terjaga kebersihannya. Bawang putih juga boleh mencegah infeksi dan menyihatkan kuping.

Namun, dikutip dari Healthy Wild and Free, bukan semua jenis bawang putih yang boleh digunakan untuk kesihatan telinga. Bawang putih yang ideal harus mencukupi tiga syarat berikut:






1. Hanya bawang organik


2. Gunakan bagian tengahnya saja
Ketika Anda memotong bawang putih, ambil bagian tengahnya, letakkan di telinga dengan menghadap ke atas. Bagian tengah dari bawang putih biasanya lebih berwarna kekuningan dibanding bagian lainnya.

3. Biarkan semalaman, buang di pagi hari
Pastikan bawang dalam posisi yang sesuai untuk diletakkan semalaman di telinga Anda. Di pagi hari, segera cuci telinga Anda dengan air sehingga tidak ada sisa apapun di dalamnya.

IDEA KREATIF KITAR SEMULA 2

kreativiti kitar semula relaks minda
Lampu gantung daripada kotak terbuang.






kreativiti kitar semula relaks minda
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda.






kreativiti kitar semula relaks minda
Kolam mini dibuat daripada tayar terbuang





kreativiti kitar semula relaks minda
Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan 
batu bata simen dinding pagar di rumah anda. 






kreativiti kitar semula relaks minda
Hiasan dinding menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai.






kreativiti kitar semula relaks minda
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik!





kreativiti kitar semula relaks minda
Pasu bunga..





kreativiti kitar semula relaks minda
Penyangkut kasut





kreativiti kitar semula relaks minda
Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan 
bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton. 









kreativiti kitar semula relaks minda
Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat  menarik. Hasil kreatif
dari kayu terbuang.






kreativiti kitar semula relaks minda
Pelbagai contoh kreativiti rekaan yang menggunakan pallet kayu.
Banyak sekali idea yang boleh dibuat dari pallet terbuang ini