vigl

Monday, 22 December 2014

Tempat Pelancongan Paling Menyeramkan


Tempat Pelancongan Paling Menyeramkan Di Mesir


Biasanya, muzium dijadikan lokasi untuk melihat mumia. Di sana,pelawat akan 
didedahkan dengan mumia yang dilindungi dengan dinding kaca. Tetapi 
anda hanya boleh sekadar melihatnya saja.


Meskipun begitu, rasa ngeri dan seram tetap menyelimuti perasaan setiap 
pengunjung yang datang. Untuk yang ingin pelancongan lebih mencabar, cubalah 
datang ke sekitaran puncak Gunung Dakhla, Gebel Edmonstone, Mesir.


Tempat Pelancongan Paling Menyeramkan Di Mesir



Di sini ada sebuah perkuburan purba bernama Muzawaka. Dipetik dari laman web
 rasmi pelancongan Mesir, pengebumian ini sudah ada sejak peradaban Romawi.


Sejak ditemui pada tahun 1972, Perkuburan Muzawaka jadi tarikan 
pelancongan yang terkenal di Mesir.Muzawaka juga menjadi tempat pelancongan 
yang paling mengerikan di sana.Berada di pergunungan, Muzawaka dihuni oleh 
banyak makam dan mumia. Ada banyak mumia dan tulang berselerakkan di sana.


Entah kerana memang sengaja diletakkan begitu saja atau kerana digali haiwan 
buas. Yang pasti pelancong boleh melihat dengan jelas.




Bukan cuma itu, jika berani pelancong yang datang boleh menyentuhnya, tapi 
jangan sampai merosakkan mumia. Tidak hairan jika objek pelancongan ini jadi salah
 satu yang paling seram di Mesir. Melihat ke sekitar pengebumian, ada lukisan yang 
terukir cantik di dinding. Menurut ahli arkeologi, lukisan tersebut menggambarkan 
adegan orang yang menyembah Dewa Petorisis dan Sadosiris.



Untuk pergi ke makam Muzawaka, ada banyak agen tempatan yang menyediakan 
pakej pelancongan ini. Anda juga boleh menyewa kereta dengan pemandu tempatan
 yang akan membimbing pelancong menuju Muzawaka.

No comments:

Post a Comment