vigl

Tuesday, 19 May 2015

FAKTA MENARIK 1


  • Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing. Sementara itu, seorang lagi penakluk agung, Napoleon Bonaparte mempunyai orang gaji khas yang tugasnya setiap hari ialah memastikan tidak ada kucing di dalam kasut maharaja Perancis itu, sebelum beliau memakainya. Napoleon sebenarnya takut kepada kucing.

  • Semua cecair yang bergerak bebas di udara akan mengubah bentuknya menjadi bulat. Ini berlaku akibat tekanan yang dialami di setiap pemukaannya.

  • Lebih kurang 98 peratus perisian komputer di China adalah tiruan.

  • Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke sebelah barat.

  • Gerard Hommel sudah enam kali mendaki Gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahayanya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.

  • Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya, untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bebola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.

  •  Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

  • Kedudukan awan adalah lebih tinggi pada siang hari dibandingkan pada waktu malam.

  • Air merupakan sumber utama kehidupan. tahukah anda air hujan jatuh ke bumi dengan kelajuan 11 kilometer sejam. 

  • Pokok buluh boleh memanjang setinggi 90 sentimeter setiap hari.

  • Molekul air akan bergerak sepantas peluru rifel pada suhu bilik.

  • Apa yang anda tahu tentang Alexander the Great? Dia sebenarnya juga menghidap penyakit sawan. Manakala Alfred Hitchcock tidak mempunyai pusat.

No comments:

Post a Comment